Isnin, 27 Oktober 2014

Salam perpaduan.Nama saya Jackson Donny Anak Andrew ingin memperkenalkan serba sedikit tentang budaya masyarakat Iban.Masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang unik dari pelbagai aspek.Dari aspek budaya dan corak kehidupan masyarakat Iban.Sememangnya masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang harmoni dan saling hormat - menghormati antara masyarakat lain .Sebagai contoh konsep bejalai dalam masyarakat Iban adalah mengikut kajian oleh seorang yang bernama Jensen (1967) mengatakan konsep bejalai dalam masyarakat Iban mengatakan bejalai merupakan sebuah aktiviti untuk melakukan aktiviti "ngayau" pada masa dahulu.Selain itu konsep bejalai merupakan satu aktiviti merantau yang dilakukan nenek moyang pada masa dahulu untuk mencari kekayaan seperti membeli tajau dan benda yang berharga dari negara lain.


Kuih tradisional orang Iban merupakan salah satu makanan enak yang dikenali masyarakat majmuk yang lain.Sebagai contoh kuih jala dan penganan chuan.Kuih ini merupakan santapan wajib yang ada ketika majlis yang besar.Contohnya kuih ini akan dijamu kepada tetamu pada perayaan Hari Gawai.Keenakan yang tersendiri menyebabkan kuih ini menjadi kesukaan orang ramai.
Tarian ngajat merupakan salah satu tarian yang popular dengan kegagahan penari - penari lelaki dan kelembutan tangan penari wanita.Tarian ngajat tidak sinonim lagi di Malaysia kerana keunikan yang sangat menarik untuk ditonton.Sebagai contoh ajat bunuh,ajat ngalu pengabang,ajat lesung dan sebagainya.Tarian ini selalu dipersembahkan ketika perayaan Gawai Dayak dan majlis yang lain.
Ini merupakan antara pakaian tradisional yang diguanakan oleh masyarakat Iban.Pakaian ini melambangkan kecantikan dan kegagahan kaum lelaki dan wanita.Keunikan pakaian ini merupakan jjsatu lambang yang melambangkan masyarakat Iban kaya
dengan pakaian tradisoanal.